Business Model

Perihal Perniagaan
Syarikat kami menjual pelbagai jenis kamera dan pelbagai jenis aksesori yang berkaitan dengannya. Sentiasa menjaga kualiti dan produk yang dijual, selain menyediakan servis baik pulih yang terbaik bagi semua jenis kamera. Semua golongan mampu milik kerana ianya datang dalam pelbagai jenis harga dan bentuk.

Kedudukan Semasa Syarikat
Tarikh penubuhan ialah pada bulan September 2011 dan kini masih di peringkat perancangan untuk pemasaran bagi menarik pelanggan untuk datang ke kedai kami. Kumpulan pekerja utama telah pun di pilih bagi menjalankan tugas masing-masing. Pelbagai kaedah telah pun di fikirkan untuk menarik minat pelanggan untuk hadir ke kedai kami.

Objektif dan Visi Perniagaan
Misi perniagaan ialah menarik minat pelanggan mengikuti teknologi kamera yang kini kiat di perkatakan.
Produk yang dijual adalah mengikut peredaran masa dan zaman. Kami juga menjual produk dulu dan terkini yang mana sukar untuk didapati di tempat lain.

Produk
Syarikat kami menjual pelbagai jenis kamera yang terkini mahupun yang lama. Selain itu, kami juga ada menjual aksesori seperti battery grip, lens, tripod, flash light, batery, lens hood, memory card dan lain-lain.
Selain daripada itu, kami juga menyediakan perkhidmatan membaikpulih kerosakkan hardware dan software seperti mencuci kamera, membaikpulih perisian, kerosakkan kamera dan sebagainya.

Tempat
Dalam menjual produk ini, tempat yang stategik adalah faktor yang paling penting untuk menarik  pelanggan . Selain itu, ia juga adalah tempat yang sangat mudah dilihat oleh orang ramai. Kami memilih pusat membeli belah sebagai destinasi berlabuh untuk berkembang maju dalam bidasng kamera ini.

Kelainan berbanding syarikat lain
Kami menyediakan servis sepanjang hayat bagi produk yang dibeli dengan bersyarat iaitu membuat kad keahlian.  Selain daripada itu, kami juga terdiri daripada pakar- pakar dalam bidang teknikal dan teknologi.